Assalamualaikum ,
Permulaan cerita kali ini tidak susah mahupun sukar ,
mungkin ada sedikit dihimpit keresahan atau sebenarnya banyak !
Tapi that is just the way it is . Cerita kali ini mungkin berlainan kerana ia datang dari pelbagai pihak yang sebenarnya berasal dari sumber yang satu . Sumbernya tidak lain tidak bukan , diri aku sendiri dan pihaknya pula , ya , satu dari hati , satu dari fikiran dan satu lagi mungkin dari pihak pihak luar yang berkenaan .
Tiada sebab lain kenapa cerita yang baru ini aku mulakan . Hanya mahu mencari semula diri yang kian hanyut dan ternoda . Jika dilihat secara kasar , aku mungkin nampak seperti yang lain lainya , namun hakikat hanya diri yang mengetahui . betapa rapuh dan lembutnya dalaman itu hanya tuhan yang lebih mengetahui . Diri ini terlalu berbeza dari anggapan .
Melihat mereka , mereka dan mereka terus berjaya dalam dunia sebegini membuatkan aku cemburu . Aku juga mahu menjadi seperti mereka . Mengecap bahagia walau di dunia , tetapi saham dia akhirat terus diperteguh . Sesungguhnya aku sangat cemburu :(
Walau aku tau , semua ini berpucuk pangkal dari hati .
Mungkin kali ini untuk merubah hati , aku perlukan kaca mata yang baru ,
Kaca mata tarbiyyah mungkin .
Membantu aku untuk melihat semua dari sudut yang baru lantas merubah hati ini :)
*Sinsing lengan baju nak cari kaca mata baru*
No comments:
Post a Comment