Saturday, 20 July 2013

Tersingkapnya rasa

Assalamualaikum,

Truthfully , dah dekat 3 bulan bercuti ni aku rasa dah jadi macam lone ranger . Bukan dengan family tapi dengan kawan kawan . Tak dapat nak cakap kenapa .

Puas fikir kenapa lah aku jadi macam ni ?

Orang mesej aku tak balas , kakak usrah sendiri mesej pun aku tak balas . Bukan taknak sebenarnya tapi kadang kadang waktu tu takde kredit . Tapi aku tau tu semua alasan je . Facebook tu kau boleh je nak DM sesiapa , free lagi

Diri sendiri je yang tak pernah nak ambil inisiatif . Atas sebab apa? diri sendiri pun tak boleh nak beri jawapan . Tapi , hari ni aku dah dapat figure out kenapa . Thanks dekat seorang akhi diatas blog postnya yang memang bagi kesedaran kat aku dan turut menyampaikan apa yang selama ni aku rasa ,


-screen cap dari blog Mato-



Tapi bukan part yang email email tu . haha :)

Apa yang Mato tulis ni memang exactly apa yang aku rasa selama ni cuma tak pernah dapat nak diungkapkan . aku perlukan masa , masa nak sesuaikan diri dengan apa  yang berlaku . masa untuk mencari diri semula .

Mungkin apa yang aku buat ni betul tapi boleh jadi jugak salah .

Bila bersendirian tak dinafikan banyak benda yang bermain kat fikiran . Memikirkan yang selama ni segala benda yang aku lakukan itu apa tujuannya ? Mungkin mulut kata semuanya kerana ALLAH tapi adakah hati pun seiring? Betulkah selama ini semuanya solely kerana ALLAH?

Tapi syaitan pun tak pernah bazirkan peluang untuk terus mencucuk cucuk kita bila kita sendiri . Kadang kadang hampir rasa putus asa dengan usaha dan cubaan yang dilakukan untuk perbaiki diri . Di sini , kehadiran orang orang yang memahami amat diperlukan sebenarnya . Bagi aku , manusia bukan makhluk yang boleh melawan segalanya seorang diri . At least biarlah ada seorang pun hamba yang boleh berdiri di belakangnya . Sebagai rakan mahupun pelindung .

Cuma jangan selfish ,

Bukan orang tu je yang kena support kita , kita pun kena support dia . Build a mutualism based friendship not a commensalism one :)

So , mungkin orang akan kata aku sombong sebab sikit pun tak contact mereka . Even aku pun rasa bersalah sangat dengan kakak kakak usrah sebab langsung tak tegur diorang . Sebenarnya aku malu .
Malu dengan keadaan diri sendiri yang macam tak bersungguh walau hakikat di hadapan mereka aku tunjukkan reaksi yang bertentangan .

Rasa macam hipokrit !

Dan rasa itulah yang mendorong aku untuk ambil tindakan sebegini . Aku dah tak boleh nak berpura pura . Aku kena mula belajar ikhlaskan hati supaya perjalanan aku di dunia dakwah dan tarbiyyah ini takkan terbazir . Maafkan anak usrahmu ini :) 

Masa masa bersendirian ini akan digunakan sebaiknya untuk mengubah persepsi hati . Mungkin selama ini perasaan terpaksa itu datang lantaran hati itu tidak tertarik . Kekuatan hati dan iman juga akan dibaikpulih perlahan lahan agar diri ini mampu untuk terus bertahan di jalan ini . Jalan dakwah tidak pernah mudah malah amat berat dan menekan bagi bahu bahu yang memikulnya .

well ,  syurga ALLAH itu berat kan .

Semoga hati yang pernah terlena itu mampu dibangkitkan semula dan berjihad dijalannya seperti firman ALLAH:

"Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk)dan Kamo jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah ) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang sedemikian keadaanya) sama seperti yang tinggal tetap didalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang orang yang beriman), diperlihatkan pulla pada pandangan orang - orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan )dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat" (Al-An'am : 122 )







*Dah lama cari ruang dan perkataan untuk luahkan apa yang terbuku ni*


13200711:01

No comments:

Post a Comment