Tuesday, 30 July 2013

The community that we live in ,

-owner-

Bismillahirahmanirrahim .

Ever wonder tak apa yang akan terjadi pada kita kalau kita berada dalam kelompok yang salah . Meaning , Instead of born with a silver spoon in the mouth , you're become the child of the drug dealer . Okay ni skop yang lebih luas sebenarnya

kecikkan skop lagi,

bayangkan situasi diri kita sekarang ni macam mana?Ada ibu bapa yang sayangkan kita dan keluarga kita juga insyallah datang dari keluarga yang baik , graduated dari sekolah agama , ada kawan yang sentiasa menyokong dan sentiasa saling mengingatkan dan the most important is you are a part of the usrah community . in which i could say , there always people that can look after you and ensure that you're not falling from the right path

Situasi yang mana , kerana pilihan kawan yang betul membuatkan kau kenal dengan orang orang yang turut sama berjuang di jalan-Nya . Hari hari scroll timeline kat twitter ataupun facebook , tak pernah tak ada sahabat sahabat yang tak share tazkirah , reminder ataupun doodle doodle dakwah yang mungkin sedikit sebanyak mampu memberi peringatan .

Melalui orang orang ini juga kau sentiasa diperingatkan untuk tajdid niat dan betulkan semua perkara sebelum terlambat . Melihat mereka yang tidak pernah mementingkan diri dan sentiasa mendahulukan islam , hati kau tersentuh dan kau mula ingin mengubah diri dan menjadi lebih baik . Ilmu ilmu baru juga dikongsi sesama rakan , malah perkembangan saudara islam di mesir dan syiria juga terus menerus diupdate agar orang yang membacanya tidak lupa untuk menghulurkan doa .

ini kerana , kau gunakan medium itu dengan cara yang betul

dan kau juga hidup di komuniti yang betul insyallah .

Tapi ,

tak pernah terfikir ke , kalau kita bukan dari komuniti itu apa yang sebenarnya kita sedang lakukan sekarang?Dikala umat islam yang lain sedang berlari pantas di sepanjang 10 malam terakhir ramadhan apa yang kau lakukan?Di saat saudara seislam mu sedang berjuang mermpertahankan islam apa yang kau sedang buat?

Hari hari scroll timeline , mata dicuci dengan gambar gambar couple yang dok terkepit sana sini . status status cintakan manusia dan duniawi turut menghiasi segenap ruang?tiada satu pun yang menyebut nama nama ALLAH dan tiada perkara pun yang membawa kau mendekatinya .

Jika ini , baru dikata melalaikan .

Mungkin kita akan katakan bukan salah kita , kita berada dalam komuniti sebegini . Allah dah letakkan aku di sini jadi aku hanya hidup di tempat yang ALLAH telah letakkan aku.

Cuma kita kena ingat ,

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka (Ar-Ra'd :11)

Peluang untuk mengubah komuniti yang kita duduki itu sebenarnya di tangan kita juga . Mungkin kita lihat ini sebagai perkara yang susah tapi untuk dapatkan yang terbaik kita memang kena berkerja keras sedikit.Mungkin juga sebenarnya kita dah begitu hampir dengan mereka tetapi disebabkan rasa rendah diri atau sebenarnya tak mahu dianggap noob , kita tidak sanggup untuk melangkahkan kaki .


"Acknowledgement is the first step to success and denial is the biggest stumbling rock"

Bila kita sedar yang kita sebenarnya berada dalam komuniti yang salah dan kita semakin menjauh dari ALLAH, perasaan untuk kembali kepada-nya akan datang . Dan bila berada di dalam komuniti yang betul , perjalanan mendekatkan diri kepada ALLAH insyallah akan menjadi lebih mudah kerana terdapat hamba hamba ALLAH yang lain yang mampu membantu .

                                                ...................................................................

On the other hand , letakkan pula kita dalam situasi orang yang didalam komuniti pertama tadi . apakah tanggungjawab kita sebenarnya?

lepaskan tangan dan biarkan mereka yang hanyut itu terus hanyut?

No way !

akak usrah aku pernah cakap sekali, "Kita sebagai orang yang dah tahu ni , orang yang dah sedar kenalah tarik orang orang yang kat luar sana yang masih belum sedar tu dalam bulatan kita . Ini dah jadi tanggungjawab kita sebenarnya"

At least mulakan dengan orang yang paling dekat dulu . family , friends , classmate , housemate dan segala -mate yang wujud dan kemudian kembangkan skop dakwah ini kepada yang lebih besar . Kalau rakan sendiri pun kita gagal tarik dan terus biarkan dia hanyut , check balik . Komuniti mana yang kita belongs to sebenarnya?

Tak kira la komuniti pertama mahupun komuniti kedua , setiap hamba ALLAH di dunia ini ada tanggungjawabnya sendiri . sama ada mahu membaiki diri mahupun membantu orang membaiki diri sekaligus memantapkan lagi diri sendiri . Kedua komuniti itu memerlukan kita untuk menghulurkan tangan sama ada untuk ditarik ataupun menarik. But they say , 'tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima' :)

-owner-

Allah itu maha adil dalam segenap aspek .Memang dia ciptakan manusia itu dalam komuniti yang berbeza tetapi tanggungjawab mereka itu sama je beratnya .And this community is never permanent in a manner of speaking macam juga iman manusia . ada kala kita di komuniti pertama tapi kita boleh juga jatuh ke komuniti kedua and vice verse. Sebenarnya tiada ruang untuk kita bersenang lenang kalau redha ALLAH itu yang kita buru .

Wallahualam :)







*Ramadhan tinggal 7 hari je and i start to feel a part of me is missing*


1331072:48



No comments:

Post a Comment